Ahad, 14 November 2010

Sekapur Sireh




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan izin dan rahmatNya dapat saya mewujudkan laman blog saya sendiri bagi menyiapkan tugasan OUM HBMT 2103 : TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Encik Mohamad bin Junoh di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta memberi sokongan kepada saya demi meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Tidak lupa juga kepada teman-teman yang membantu memberikan idea-idea yang bernas dalam proses menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh para pembaca dan para pendidik bagi menjana fikiran dan idea yang lebih efektif. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kekurangan itu itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan