Sebagai guru, mengajar topik apa pun adalah digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih mudah faham sekiranya guru menunjukkan bahan maujud. Bahan maujud tersebut tidak semestinya perlu dibeli. Guru boleh menggunakan bahan-bahan terbuang untuk menjimatkan kos dan masa sekiranya mudah diperolehi.
Bahan bantu mengajar tersebut juga haruslah berkaitan dengan tajuk yang diajar dan sesuai dengan persekitaran murid supaya murid lebih mudah untuk faham. Bahan tersebut juga hendaklah mengambilkira aras pengetahuan murid yang diajar. Untuk mengajar murid yang agak lemah, guru bolehlah menyediakan bahan seperti gelas, cawan, botol, mangkuk, baldi dan sebagainya. Bahan-bahan ini sebolehnya diperbuat daripada plastik bagi menjamin keselamatan murid. Guru haruslah memperkenalkan dulu konsep perbandingan seperti ‘kurang’, ‘lebih’, ‘sama’, ‘separuh’, ‘kosong’, dan ‘penuh’ kepada murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan