Ahad, 14 November 2010

Aktiviti 1


Kelas                           :  2 Khadijah
Bilangan murid              :  30 orang
Tajuk                           :  Isipadu Cecair
Bidang Pembelajaran    :  Pengenalan Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran       :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
                                      dapat menyukat secara membanding isipadu cecair
                                      dengan sukatan bukan standard unit
Pengetahuan sedia ada :  Murid pernah melihat air yang disimpan di dalam
                                      sesebuah bekas
                                      Murid mengetahui bagaimana membanding sesuatu
                                      yang lebih kurang, banyak, sedikit dan sebagainya.
Perbendaharaan kata   :  Kosong, separuh, penuh, kurang, banyak
Nilai Murni                  :  Bersyukur, kebersihan
Bahan Bantu Mengajar:  Cawan, gelas, mangkuk, botol mineral, baldi kecil, air

Langkah-langkah          : 

1.      Guru menunjukkan botol, gelas, cawan dan mangkuk yang diisikan dengan air dan menyuruh murid-murid menyebut yang mana satu mengandungi air  yang terbanyak, paling kurang.

2.      Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Lantik ketua kumpulan.

3.      Dalam setiap kumpulan, murid A diminta mengisi air menggunakan cawan, murid B mengisi air menggunakan gelas, murid C mengisi air menggunakan mangkuk dan murid D mengisi air menggunakan botol mineral.

4.      Kemudian, murid-murid diminta memenuhkan air tersebut ke dalam sebuah baldi kecil masing-masing dengan menggunakan bekas yang mereka dapat.

5.      Setiap kumpulan akan merekod bilangan bekas yang mereka gunakan untuk memenuhkan baldi tersebut ke dalam bentuk jadual. Guru membimbing murid.

Murid
Alat menyukat
Bilangan sukatan
Murid A
Cawan
6
Murid B
Gelas
4
Murid C
Mangkuk
2
Murid D
Botol mineral
1
  
   Jadual menunjukkan isipadu cecair yang disukat menggunakan bukan standard unit

Untuk aktiviti ini, murid akan dapat mengenalpasti bahawa dengan menggunakan alat menyukat (bekas) yang berbeza, hasil atau bilangan bekas yang diperlukan untuk memenuhkan baldi yang sama saiz adalah berbeza juga.

6.      Guru menegaskan kepada murid bahawa daripada aktiviti yang dijalankan tadi, cawan adalah bekas yang paling sedikit dapat mengisi air berbanding dengan botol mineral yang paling banyak dapat diisikan air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan