Ahad, 14 November 2010

Bibliografi

1. Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.
          Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Selangor.

2. Alimah Atan, Asmah Mohamad, Azmi Ibrahim (2006). Komponen
          Perkembangan Kognitif  Matematik Awal. Pusat Perkembangan
          Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10

4. http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag

5. http://www.youtube.com/watch?v=D_g0U3vxr18&feature=related

6. http://www.youtube.com/watch?v=qYtNhNP69lk&feature=related

Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi semua murid. Untuk tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran, latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira. Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.

Program pemulihan perlu diberikan kepada murid-murid yang kurang menguasai kemahiran-kemahiran yang diajarkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Program pengayaan juga perlu diberi penekanan kepada murid yang mempunyai kebolehan yang lebih daripada murid-murid lain. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan  seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangkamasa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Guru juga haruslah mempunyai kreativiti semasa menyampaikan isi pelajaran supaya murid tidak mengalami kesilapan konsep bagi tajuk yang diajarkan. Oleh itu, insan yang dinamakan guru haruslah memikul tanggungjawab ini kerana tanpa guru yang berdedikasi, murid tidak akan berjaya dan maju sebagaimana yang diharapkan.

Aktiviti 2


Kelas                           :  2 Khadijah
Bilangan murid              :  30 orang
Tajuk                           :  Isipadu Cecair
Bidang Pembelajaran    :  Pengenalan Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran       :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
                                       murid dapat menyukat isipadu cecair
                                       menggunakan unit standard iaitu mililiter (ml)
                                       dan liter (l) dengan sukatan bukan standard
                                       unit
Pengetahuan sedia ada :  Murid telah belajar dan mengenalpasti
                                      kandungan air dalam sesebuah bekas iaitu lebih
                                      besar saiz bekas, lebih banyak cecair boleh diisi
Perbendaharaan kata   :  Separuh, penuh, kurang, banyak, sama banyak, liter,
                                      milliliter
Nilai Murni                  :  Bersyukur, kebersihan, menghargai air
Bahan Bantu Mengajar:  Cawan, gelas, mangkuk, botol mineral, air berwarna,
                                      silinder penyukat

Langkah-langkah          :

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Lantik ketua kumpulan.

2. Guru mengagihkan setiap kumpulan dengan empat bekas yang berlainan iaitu cawan, gelas, mangkuk dan botol mineral serta dua silinder penyukat yang masing-masing mempunyai unit milliliter dan liter.

3. Setiap kumpulan dikehendaki mengisi penuh setiap bekas yang diberi dengan air berwarna.

4. Kemudian, minta mereka menyukat setiap bekas dengan menuang air berwarna tersebut ke dalam silinder penyukat. Guru membimbing murid.

5. Setiap kumpulan mencatat bacaan yang diperolehi daripada setiap bekas yang dituangkan ke dalam silinder penyukat.

Bekas
Silinder Penyukat (Milliliter)
Silinder Penyukat (Liter)
Cawan
200

Gelas
400

Mangkuk
700

Botol mineral
1000
1
  
   Jadual menunjukkan isipadu cecair yang disukat menggunakan standard unit

Untuk aktiviti ini, murid akan dapat menyukat menggunakan isipadu cecair menggunakan unit standard iaitu dalam milliliter dan liter. Mereka juga dapat membandingkan sukatan isipadu cecair di dalam bekas.

Aktiviti 1


Kelas                           :  2 Khadijah
Bilangan murid              :  30 orang
Tajuk                           :  Isipadu Cecair
Bidang Pembelajaran    :  Pengenalan Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran       :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
                                      dapat menyukat secara membanding isipadu cecair
                                      dengan sukatan bukan standard unit
Pengetahuan sedia ada :  Murid pernah melihat air yang disimpan di dalam
                                      sesebuah bekas
                                      Murid mengetahui bagaimana membanding sesuatu
                                      yang lebih kurang, banyak, sedikit dan sebagainya.
Perbendaharaan kata   :  Kosong, separuh, penuh, kurang, banyak
Nilai Murni                  :  Bersyukur, kebersihan
Bahan Bantu Mengajar:  Cawan, gelas, mangkuk, botol mineral, baldi kecil, air

Langkah-langkah          : 

1.      Guru menunjukkan botol, gelas, cawan dan mangkuk yang diisikan dengan air dan menyuruh murid-murid menyebut yang mana satu mengandungi air  yang terbanyak, paling kurang.

2.      Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Lantik ketua kumpulan.

3.      Dalam setiap kumpulan, murid A diminta mengisi air menggunakan cawan, murid B mengisi air menggunakan gelas, murid C mengisi air menggunakan mangkuk dan murid D mengisi air menggunakan botol mineral.

4.      Kemudian, murid-murid diminta memenuhkan air tersebut ke dalam sebuah baldi kecil masing-masing dengan menggunakan bekas yang mereka dapat.

5.      Setiap kumpulan akan merekod bilangan bekas yang mereka gunakan untuk memenuhkan baldi tersebut ke dalam bentuk jadual. Guru membimbing murid.

Murid
Alat menyukat
Bilangan sukatan
Murid A
Cawan
6
Murid B
Gelas
4
Murid C
Mangkuk
2
Murid D
Botol mineral
1
  
   Jadual menunjukkan isipadu cecair yang disukat menggunakan bukan standard unit

Untuk aktiviti ini, murid akan dapat mengenalpasti bahawa dengan menggunakan alat menyukat (bekas) yang berbeza, hasil atau bilangan bekas yang diperlukan untuk memenuhkan baldi yang sama saiz adalah berbeza juga.

6.      Guru menegaskan kepada murid bahawa daripada aktiviti yang dijalankan tadi, cawan adalah bekas yang paling sedikit dapat mengisi air berbanding dengan botol mineral yang paling banyak dapat diisikan air.

Bahan Bantu Mengajar Untuk Menyukat Isipadu Cecair

Sebagai guru, mengajar topik apa pun adalah digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih mudah faham sekiranya guru menunjukkan bahan maujud. Bahan maujud tersebut tidak semestinya perlu dibeli. Guru boleh menggunakan bahan-bahan terbuang untuk menjimatkan kos dan masa sekiranya mudah diperolehi.

Bahan bantu mengajar tersebut juga haruslah berkaitan dengan tajuk yang diajar dan sesuai dengan persekitaran murid supaya murid lebih mudah untuk faham. Bahan tersebut juga hendaklah mengambilkira aras pengetahuan murid yang diajar. Untuk mengajar murid yang agak lemah, guru bolehlah menyediakan bahan seperti gelas, cawan, botol, mangkuk, baldi dan sebagainya. Bahan-bahan ini sebolehnya diperbuat daripada plastik bagi menjamin keselamatan murid. Guru haruslah memperkenalkan dulu konsep perbandingan seperti ‘kurang’, ‘lebih’, ‘sama’, ‘separuh’, ‘kosong’, dan ‘penuh’ kepada murid.

Video Pengajaran – Menyukat Isipadu Cecair

 

Video di atas menunjukkan kepada kita cara-cara untuk menyukat isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat dan sesuai ditunjukkan kepada murid semasa mengajar tajuk penambahan isipadu cecair. Video ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mempunyai animasi dan muzik yang menarik.

Hari ini, kita menyukat isipadu cecair dengan menggunakan bikar, silinder penyukat dan  sebagainya. Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan konsep. Berikut adalah video mengenai penggunaan alat menyukat isipadu cecair.

 

Video ini menerangkan tentang kaedah dan teknik menggunakan silinder penyukat yang berbeza saiz. Sebelum menyukat isipadi cecair, pastikan silinder tersebut berada pada permukaan yang rata seperti di atas meja. Semasa membuat bacaan pula, kedudukan mata hendaklah selari dengan skala sukatan, bukannya melihat dari pandangan atas ataupun bawah. Proses menyukat isipadu cecair ini memerlukan kemahiran memerhati. Kedudukan mata adalah seperti dalam video yang ditunjukkan di bawah :

Kekeliruan Konsep (Misconception)



Kekeliruan biasanya berlaku apabila murid membandingkan isipadu menggunakan bekas yang berbeza dari segi saiz dan bentuk. Murid beranggapan bahawa bekas yang tinggi dan kecil saiznya mempunyai isipadu cecair yang banyak berbanding bekas yang rendah tetapi lebar. Mereka menganggap tinggi kapasiti air adalah sebagai penanda banyaknya air di dalam sesebuah bekas.

Contohnya seperti berikut :












Murid menganggap air di dalam gelas adalah lebih banyak manakala air di dalam mangkuk adalah paling sedikit. Mereka beranggapan sedemikian kerana gelas adalah lebih tinggi daripada mangkuk. Persepsi ini perlulah diperbetulkan oleh guru semasa mengajar. Berikut adalah video yang menunjukkan seorang budak mengalami kesilapan konsep semasa membuat perbandingan isipadu air dengan bekas yang berbeza bentuk.