Memaparkan catatan dengan label isipadu cecair. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isipadu cecair. Papar semua catatan

Ahad, 14 November 2010

Bahan Bantu Mengajar Untuk Menyukat Isipadu Cecair

Sebagai guru, mengajar topik apa pun adalah digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih mudah faham sekiranya guru menunjukkan bahan maujud. Bahan maujud tersebut tidak semestinya perlu dibeli. Guru boleh menggunakan bahan-bahan terbuang untuk menjimatkan kos dan masa sekiranya mudah diperolehi.

Bahan bantu mengajar tersebut juga haruslah berkaitan dengan tajuk yang diajar dan sesuai dengan persekitaran murid supaya murid lebih mudah untuk faham. Bahan tersebut juga hendaklah mengambilkira aras pengetahuan murid yang diajar. Untuk mengajar murid yang agak lemah, guru bolehlah menyediakan bahan seperti gelas, cawan, botol, mangkuk, baldi dan sebagainya. Bahan-bahan ini sebolehnya diperbuat daripada plastik bagi menjamin keselamatan murid. Guru haruslah memperkenalkan dulu konsep perbandingan seperti ‘kurang’, ‘lebih’, ‘sama’, ‘separuh’, ‘kosong’, dan ‘penuh’ kepada murid.

Video Pengajaran – Menyukat Isipadu Cecair

 

Video di atas menunjukkan kepada kita cara-cara untuk menyukat isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat dan sesuai ditunjukkan kepada murid semasa mengajar tajuk penambahan isipadu cecair. Video ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mempunyai animasi dan muzik yang menarik.

Hari ini, kita menyukat isipadu cecair dengan menggunakan bikar, silinder penyukat dan  sebagainya. Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan konsep. Berikut adalah video mengenai penggunaan alat menyukat isipadu cecair.

 

Video ini menerangkan tentang kaedah dan teknik menggunakan silinder penyukat yang berbeza saiz. Sebelum menyukat isipadi cecair, pastikan silinder tersebut berada pada permukaan yang rata seperti di atas meja. Semasa membuat bacaan pula, kedudukan mata hendaklah selari dengan skala sukatan, bukannya melihat dari pandangan atas ataupun bawah. Proses menyukat isipadu cecair ini memerlukan kemahiran memerhati. Kedudukan mata adalah seperti dalam video yang ditunjukkan di bawah :

Maksud Isipadu Cecair



Dalam tugasan kali ini, tajuk yang diberikan ialah bagaimana menyukat isipadu cecair. Isipadu cecair adalah merujuk kepada kandungan cecair yang terdapat di dalam sesebuah bekas sama ada di dalam cawan, gelas, baldi, botol, tin, bikar, silinder penyukat dan sebagainya. Isipadu boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (non standard units) dan unit piawai (standard unit). Apabila kita menyukat menggunakan unit bukan piawai, biasanya kita membuat perbandingan seperti ‘kurang’, ‘lebih’ atau ‘sama’. Unit piawai pula adalah dalam sistem metrik dan unit yang biasa digunakan ialah milliliter ( ml ) dan liter ( l ).